HOMEROOM

HOMEROOM
15 October 2018 04:08 PM
adminar

Konsep Homeroom di MRSM Parit

Konsep homeroom di MRSM adalah konsep di mana setiap pelajar yang mendaftar di MRSM akan ditempatkan dalam satu kumpulan yang tidak melebihi dari 15 orang yang dibimbing oleh seorang guru penasihat. Kumpulan pelajar ini dianggap sebagai satu keluarga harmoni yang hidup saling memerlukan dan berkerjasama antara satu sama lain. Sebarang masalah boleh diselesai bersama sambil dibimbing dan dinasihat oleh guru homeroom masing-masing. Penasihat homeroom akan bertindak sebagai ibu bapa atau penjaga kepada pelajar-pelajar yang ditempatkan di bawah seliaan.

Pelaksanaan homeroom ini adalah bertujuan untuk:

1. Mewujudkan perasaan kekeluargaan di kalangan pelajar.
2. Mewujudkan semangat persaudaraan dan kerjasama di kalangan pelajar
3. Membantu menyelesaikan masalah pelajar melalui perbincangan serta menimbulkan suasana seperti di rumah.