UNIT KOKURIKULUM

 

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Perak Aman Jaya dan Salam Satu Malaysia ! Terlebih dahulu segala pujian diberikan kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana diberi peluang untuk bernafas pada hari ini .

       Pertamanya, saya sekali lagi bersyukur kerana diberikan peluang untuk menulis sedikit coretan dalam portal rasmi MRSM Parit. Sebagai timbalan pengetua hal ehwal kokurikulum yang baru sahaja ditugaskan ke MRSM Parit , semestinya saya mempunyai sasaran saya yang tersendiri yakni menaikkan imej maktab ini dalam bidang kokurikulum. Selain itu, saya juga bersyukur kepada pihak MARA kerana memberi peluang kepada saya untuk bertugas di MRSM Parit. Saya juga meminta semua warga sekolah ini supaya memaafkan saya jika mempunyai apa-apa kesilapan dan juga supaya menunjukkan saya kesilapan yang saya lakukan.

       Sekali lagi, sebagai timbalan pengetua hal ehwal kokurikulum, saya mengucapkan ribuan terima kasih semua warga MRSM Parit kerana menerima saya dengan hati yang terbuka. Sekian terima kasih

Mohamad Nizam bin Asmuni

Timbalan Pengetua kokurikulum